Warga Myanmar ditemukan mati dikelar, dua lelaki ditahan

SEORANG lelaki warga Myanmar berusia 25 tahun ditemukan maut dengan kesan kecederaan di perut dan leher di sebuah rumah kebun berhampiran kolam ikan di Kampung Kelawar, Tanjong Malim, hari ini.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 11 pagi daripada seorang lelaki tempatan yang juga majikan mangsa selepas menemui mayat mangsa ketika membuat lawatan ke kawasan kebun berkenaan.

Beliau berkata semasa lawatan itu, majikan mangsa mendapati pintu rumah dalam keadaan terbuka sebelum menemui mangsa terbaring di bahagian dapur dengan lokasi kejadian dianggarkan kira-kira 1.5 km dari jalan utama.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa berlumuran darah dan masih berpakaian lengkap. Kecederaan parah dipercayai akibat ditikam menggunakan sebilah parang di bahagian perut serta kesan kelar pada leher,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mohd Hasni berkata bertindak atas maklumat dan siasatan lanjut, pihak polis telah menahan dua lelaki warga Myanmar berusia 39 tahun bagi membantu siasatan dan permohonan reman akan dibuat bagi tujuan siasatan lanjut.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk tujuan bedah siasat.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Muallim ASP Mutazlim Hamdan di talian 011-10912754 atau IPD Muallim di talian 05-4528222.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img