PEMAIN legenda bola sepak Terengganu, Zulharisam Awang, 51 meninggal dunia di kediamannya di Kampung Wakaf Baharu, Gong Badak, hari ini.
Allahyarham yang merupakan bekas kapten pasukan Terengganu itu menghembuskan nafas terakhir pukul 6.20 petang akibat penyakit dalaman.
Pusat Sukan dan Rekreasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam kenyataan berkata, Allahyarham yang berkhidmat sebagai Pembantu Khidmat Am (Pembantu Operasi) Pusat Sukan dan Rekreasi UniSZA telah dihantar ke Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) sekitar pukul 1 tengah hari akibat penurunan paras oksigen.
Kata kenyataan itu, Allahyarham telah dibenarkan pulang atas nasihat doktor.
Zulharisam yang bermain di posisi pertahanan pernah membantu skuad Penyu menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama selepas menewaskan Perak 2-1 pada 2001.
Allahyarham yang meninggalkan seorang balu dan tiga anak.


