Tuntutan palsu hampir RM1.3 juta : 6 ditahan SPRM termasuk 4 pegawai awam badan berkanun

EMPAT pegawai awam sebuah badan berkanun Persekutuan serta dua pekerja sebuah agensi pelancongan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, semalam, membabitkan kes tuntutan palsu pembelian tiket penerbangan bernilai hampir RM1.3 juta.

Menurut sumber, tuntutan berkenaan dipercayai menggunakan butiran penerbangan yang dipalsukan, manakala tiket sebenar tidak disediakan syarikat itu kepada penjawat awam di jabatan berkenaan.

“Enam suspek membabitkan dua lelaki dan empat wanita berusia antara 30 hingga 50 tahun itu ditahan kira-kira jam 9.30 malam ketika hadir di Pejabat SPRM Sabah untuk memberikan keterangan,” katanya lapor Buletin TV3.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah, mengesahkan penangkapan itu dan berkata perintah reman akan dimohon di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu hari ini, bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

“Beberapa siri tangkapan juga dijangka dibuat berdasarkan perkembangan siasatan kes itu nanti,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img