Ops Gegar: JIM Johor serbu, tahan 56 GRO pusat hiburan 

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 66 warga asing termasuk 56 wanita disyaki pelayan pelanggan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan, Johor Bahru, semalam.

Pengarah JIM Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, kesemua yang ditahan dalam Ops Gegar pada pukul 10 malam itu berusia antara 21 hingga 51 tahun.

Katanya, ketika serbuan dijalankan, ada antara warga asing terbabit cuba melarikan diri namun mereka berjaya ditahan.

“Siasatan awal mendapati mereka dipercayai melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Harian Metro.

Mohd Rusdi berkata, dalam operasi sama, pihaknya turut mengeluarkan dua keping Borang 29 (saman kepada saksi) bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, warga asing terbabit dihantar ke Depot Imigresen Setia Tropika, Johor Bahru, untuk tindakan lanjut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img