Kerajaan terus banteras kegiatan perjudian haram – PM

DATUK Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan akan terus mempergiat usaha membanteras kegiatan perjudian haram di negara ini.

Perdana Menteri berkata, sehingga kini, hasil tindakan penguatkuasaan membanteras kegiatan berkenaan menyaksikan nilai rampasan mencecah berbilion ringgit.

Bagaimanapun, Anwar mengakui terdapat beberapa cabaran dalam usaha membendung kegiatan itu di negara ini.

“Cuma tidak mudah kerana judi dalam talian kadang-kadang berpangkalan di luar negara. Keduanya, mekanisme elektronik itu sangat canggih, dia boleh buka dan tutup dengan kadar yang segera,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) sama ada kerajaan melihat pembanterasan operator perjudian haram sebagai langkah pelengkap untuk menutup ketirisan hasil negara supaya usaha konsolidasi fiskal tidak bergantung kepada mengurangkan subsidi sahaja.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, selain langkah penguatkuasaan bagi menangani aktiviti perjudian haram, kerajaan juga memberikan tumpuan meningkatkan kebertanggungjawaban dan kesedaran rakyat terhadap perkara bertentangan dengan undang-undang negara.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img