Disyaki subahat seleweng RM900,000 :  Ketua Pengarah dan Pengarah  jabatan kerajaan ditahan SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang lagi Ketua Pengarah sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya.

Selain itu, SPRM turut menahan seorang pengarah dalam jabatan sama bagi membantu siasatan berhubung kesalahan menerima sejumlah wang ke dalam akaun.

“Dua individu telah ditahan hari ini. Mereka ditahan di Putrajaya ketika hadir untuk memberi keterangan.  Penahanan dibuat berhubung kesalahan menerima wang ke dalam akaun,” kata SPRM, lapor buletintv3.

Media dimaklumkan kedua-duanya disyaki bersubahat menyeleweng dana kira-kira RM900,000.

“Kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 50-an telah ditahan kira-kira jam 1 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati mereka disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2024.

“Kedua-dua suspek dipercayai telah menyalahgunakan kuasa dan kedudukan masing-masing dengan menggunakan peruntukan kewangan di tempat mereka bekerja berjumlah kira-kira RM900,000 untuk kepentingan peribadi,” kata SPRM.

Kedua-dua suspek juga didapati telah mengemukakan tuntutan palsu dan dokumen yang mengandungi butir matan palsu berjumlah kira-kira RM60,000 untuk menunaikan umrah semasa menghadiri urusan rasmi di Jeddah pada 29 Januari hingga 4 Februari tahun lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan siasatan masih dijalankan.

Beliau berkata, SPRM tidak menolak kemungkinan akan ada tangkapan susulan sekiranya terdapat bukti dan keterangan tambahan.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009 serta turut melibatkan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan berkaitan pecah amanah dan salah guna harta.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img