Seleweng dana awam : Pengarah NGO, penolong pengarah syarikat ditahan

SEORANG pengarah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan seorang penolong pengarah syarikat ditahan kerana disyaki menyalah guna kuasa dengan menyeleweng dana awam berjumlah kira-kira RM500,000.

Kedua-duanya suspek itu ditahan pukul 4  petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya.

Perintah reman selama empat hari sehingga Sabtu ini terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM Di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Menurut sumber, kedua-dua suspek terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 40-an.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2022 hingga 2025.

“Kedua-dua suspek dipercayai telah memperdaya orang awam untuk menyalurkan sumbangan kebajikan dan bantuan kemanusiaan melalui NGO tersebut sedangkan sumbangan yang diterima tidak disalurkan kepada penerima,” katanya.

Kata sumber, susulan daripada itu, SPRM telah membekukan 13 akaun persendirian termasuk akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Tabung Haji dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM2 juta.

Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img