Ops Iman: APMM tahan bot nelayan tempatan langgar syarat lesen, guna dokumen meragukan

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan tempatan dengan lima kru lelaki termasuk tiga warga Kemboja dalam Ops Iman pada jarak kira-kira 9.7 batu nautika dari Pantai Kemasik dekat Chukai semalam.

Pengarah Zon Maritim Kemaman Komander Maritim Abdul Halim Hamzah berkata bot nelayan itu ditahan pada 5.15 petang setelah didapati melanggar syarat lesen dan menggunakan dokumen meragukan ketika berada di perairan terbabit.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan oleh tiga warganegara Kemboja termasuk tekong serta dua warga tempatan berumur antara 27 hingga 50 tahun.

“Pemeriksaan lanjut mendapati bot tersebut menjalankan aktiviti menangkap ikan di kawasan larangan, iaitu kurang dari 12 batu nautika dari pantai Terengganu, manakala tiga kru warga asing itu pula disyaki menggunakan dokumen pengenalan diri meragukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata susulan itu, bot terbabit dengan tekong dan kru serta hasil laut dianggarkan seberat 350 kilogram serta 6,000 liter diesel ditahan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63, manakala semua individu terlibat dibawa ke jeti Maritim Malaysia bagi tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img