MCMC mulakan rundingan awam bagi instrumen di bawah ONSA bagi memperkukuh keselamatan dalam talian

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini memulakan Rundingan Awam berhubung cadangan kerangka kawal selia bagi Pelan Keselamatan Dalam Talian (Online Safety Plan).

Ini termasuk draf Kod Pengurangan Risiko dan Kod Perlindungan Kanak-Kanak sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA).

Suruhanjaya itu memberitahu, kerangka kawal selia dan draf kod yang dicadangkan bertujuan mempertingkatkan keupayaan platform dalam talian mengurus risiko keselamatan, dengan penekanan khusus terhadap perlindungan kanak-kanak, keluarga dan golongan rentan.

“Kerangka kawal selia dan draf kod tersebut menetapkan keperluan yang jelas kepada penyedia perkhidmatan untuk mengambil langkah munasabah dan berkesan bagi mengurangkan kemudaratan dalam talian secara praktikal.

“Melalui Rundingan Awam ini, MCMC membuka ruang kepada orang awam untuk bersama-sama membentuk ekosistem dalam talian yang lebih selamat, termasuk mendapatkan pandangan berhubung keberkesanan dan kebolehlaksanaan langkahlangkah untuk meningkatkan tahap perlindungan keselamatan dalam talian,” kata MCMC dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, orang awam, pemain industri, organisasi masyarakat sivil serta pihak berkepentingan dialu-alukan untuk meneliti dokumen rundingan dan mengemukakan maklum balas.

“Orang awam dijemput untuk meneliti dokumen rundingan dan mengemukakan maklum balas bertulis kepada MCMC, sama ada secara fizikal atau dalam bentuk elektronik, selewat-lewatnya pukul 5.00 petang pada 13 Mac 2026,” kata kenyataan itu lagi.

Untuk maklumat lanjut kepada dokumen rundingan awam mengenai:

Cadangan kerangka kawal selia bagi Pelan Keselamatan Dalam Talian, sila layari https://mcmc.gov.my/en/onsa/media/announcements/publicconsultation-on-the-online-safety-plan manakala bagi Draf Kod Pengurangan Risiko dan Kod Perlindungan Kanak-Kanak, sila layari https://mcmc.gov.my/en/onsa/media/announcements/publicconsultation-on-the-codes-of-the-duties-und

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img