Polis tahan lelaki Rohingya dipercayai bunuh isteri hamil tujuh bulan dengan lesung batu

POLIS menahan seorang lelaki etnik Rohingya bagi membantu siasatan kes pembunuhan isterinya yang hamil tujuh bulan, dipercayai dibunuh menggunakan lesung batu di rumah sewa mereka di Kampung Makam di Kota Tinggi, Johor hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, suspek berusia 35 tahun ditahan di sekitar lokasi kejadian pada jam 7.30 pagi ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 3 pagi dan polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 7 pagi.

“Mangsa berusia 34 tahun dan suaminya merupakan etnik Rohingya,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Sinar Harian.

Menurut Yusof, mangsa ditemukan meninggal dunia dalam bilik sebuah rumah sewa di tingkat dua dan dipercayai mengalami kecederaan parah di kepala dipercayai akibat dihentak menggunakan objek tumpul yang disyaki lesung batu.

Beliau berkata, mayat wanita itu dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img