Tentera Zionis terus mengganas, Gaza diancam  ‘Ramadan berdarah’

ESOK penduduk Palestin akan menyambut 1 Ramadan esok dengan dibayangi kemungkinan Gaza akan terus  bersimbah darah akibat kekejaman berterusan tentera Zionis.

Kebimbangan itu memandangkan Israel yang berpakat dengan Amerika Syarikat (AS) berjaya memperdayakan dunia bahawa gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza.

Hakikatnya, Israel tidak pernah dan tidak mungkin mematuhi gencatan senjata tersebut. Ia terbukti apabila hari ini seorang kanak-kanak Palestin dibunuh dalam serangan Israel di Jabalia, utara Gaza, .

Ia  menandakan satu lagi pelanggaran perjanjian gencatan senjata, ketika Israel terus melanggarnya, membunuh ratusan orang awam, kebanyakannya kanak-kanak, wanita dan warga emas.

Sumber tempatan mengesahkan seorang kanak-kanak terbunuh dan seorang lagi cedera dalam serangan yang menyasarkan kawasan di Jabalia al-Balad.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, lebih 600 rakyat Palestin telah terbunuh dan kira-kira 1,600 lagi cedera sejak gencatan senjata bermula pada 10 Oktober.

Antara mangsa ialah 292 kanak-kanak, wanita dan warga emas, dan 99 peratus daripada mereka yang terbunuh adalah orang awam, menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza.

Sebanyak 72,061 orang telah terbunuh oleh Israel di Gaza sejak perang genosidnya bermula pada Oktober 2023, tambah kementerian itu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img