Bufet Ramadan : Tidak pandang harga, asal perut ‘puas’

KEPELBAGAIAN juadah ditawarkan di bufet Ramadan terus menjadi tarikan utama orang ramai untuk berbuka di hotel dan restoran, dengan ramai mengakui soal harga bukan lagi keutamaan asalkan dapat menikmati hidangan menyelerakan.

Seorang bekas penjawat awam yang mahu dikenali sebagai Kamal, 56 yang memilih bufet di sebuah hotel bertaraf lima bintang di tengah ibu kota berkata, bayaran sekitar RM200 seorang dianggap berbaloi kerana pilihan makanan premium  disediakan.

Menurutnya, antara hidangan yang dinikmati termasuk kambing golek, makanan laut segar, sushi, pelbagai lauk tradisional Melayu serta pencuci mulut eksklusif.

“Saya memang fokus nak cuba makanan mahal dan yang jarang jumpa macam kambing golek, seafood dan dessert (pencuci mulut) hotel. Walaupun dah berusia, makan kena jaga, tetapi bila dah bayar mahal, kita nak pastikan perut ‘puas’ dan pengalaman pun berbaloi,” katanya.

Sementara itu, pekerja swasta, Azreena Ismail, 28 yang pernah berbuka di bufet berharga RM79 seorang berkata, dia membawa ahli keluarga seramai 6 orang bagi berkongsi pengalaman berbukan dan menikmati juadah pelbagai bufet Ramadan

Katanya, pilihan lauk seperti ayam masak merah, rendang, mi goreng, sup, kuih-muih tradisional serta minuman panas sudah mencukupi untuk seisi keluarga.

“Bagi saya harga yang ditawarkan berpatutan dan masih dalam bajet untuk kami sekeluarga merasai pengalaman berbuka di bufet.

“Bagi pilihan makanan tetap banyak dan anak-anak pun boleh pilih apa yang mereka suka. Yang penting semua dapat makan puas dan berbuka bersama,” katanya.

Seorang lagi pekerja swasta, Ahmad Daniel Rizqi, 27 yang memilih buffet berharga RM135 berkata, konsep bufet memberi peluang dirinya mencuba pelbagai hidangan dalam satu masa.

Menurutnya, antara juadah menjadi pilihannya ialah makanan barat, hidangan panggang, aneka nasi serta stesen masakan secara langsung.

“Saya suka bufet sebab boleh rasa macam-macam, dari makanan tradisional sampai makanan barat. Kita ambil sikit-sikit tapi dapat cuba banyak jenis, jadi memang rasa puas,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img