Kerajaan lulus lebih RM123 juta peruntukan kepada 1,048 rumah ibadat bukan Islam

SEJUMLAH RM123,716,331.27 peruntukan telah diluluskan kepada 1,048 rumah ibadat bukan Islam (RIBI) di seluruh negara setakat Disember lalu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, peruntukan yang diluluskan menerusi inisiatif RIBI itu mencerminkan komitmen kerajaan memelihara RIBI sebagai institusi penting komuniti selaras prinsip keterangkuman, perpaduan dalam kepelbagaian dan keharmonian sosial.

Menurut beliau, rumah ibadat bukan sekadar struktur fizikal sebaliknya pusat bagi menyemai nilai-nilai murni, perpaduan nasional dan kesejahteraan komuniti.

“Tiada rumah ibadat yang harus dibiarkan uzur atau terabai kerana setiap komuniti berhak mendapat akses kepada kemudahan untuk beribadat yang selamat, sempurna dan selesa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kor Ming, Gereja Methodist Cina di Taiping semalam menerima peruntukan RM250,000 bagi membaik pulih rumah ibadat Methodist pertama di Malaysia yang dibina pada 1905, iaitu warisan bersejarah berusia 121 tahun di Bukit Larut.

Beliau berkata, peruntukan itu digunakan pihak gereja bagi menggantikan lantai kayu rosak, memasang siling baharu, mengecat semula dan membaik pulih sistem pendawaian elektrik.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img