RUU pengasingan kuasa: PM tidak ada kuasa lantik pendakwa raya, kata Peguam Negara

PEGUAM Negara Tan Sri Dusuki Mokhtar menjelaskan, Perdana Menteri tidak mempunyai sebarang peranan atau kuasa dalam proses pelantikan pendakwa raya apabila Rang undang-undang (RUU) berkaitan pengasingan peranan peguam negara dan pendakwa raya dikuatkuasakan, sekiranya ia diluluskan Parlimen.

Katanya, pelantikan pendakwa raya bergantung sepenuhnya pada budi bicara Yang di-Pertuan Agong selepas diluluskan Majlis Raja-Raja, dengan tempoh perjawatan selama tujuh tahun.

‘’Calon untuk jawatan itu akan dikemukakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP), perlu memiliki pengalaman litigasi sekurang-kurangnya 10 tahun, dan tidak boleh membabitkan Ahli Parlimen atau Adun.

“Idea asal ialah untuk memisahkan campur tangan politik dalam aspek pelantikan pendakwa raya dan sebab inilah kita tidak meletakkan peranan ahli politik, termasuk perdana menteri, sebab kita mahu memastikan dia berlaku adil ketika menjalankan tugas,” katanya dalam  taklimat kepada wakil rakyat di Parlimen.

RUU itu dibentangkan di Dewan Rakyat, hari ini, sebagai RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2026. Ia dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Di taklimat anjuran menteri di JPM itu, Dusuki menerangkan ketiadaan campur tangan atau penglibatan wakil rakyat atau ahli politik dalam pelantikan pendakwa raya bertujuan mengelakkan individu yang bakal dilantik terikut-ikut rentak kelompok tertentu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img