Polis tahan enam lelaki merusuh di Bukit Sentosa 

POLIS menahan enam lelaki tempatan berhubung insiden rusuhan di sebuah taman perumahan di Bukit Sentosa yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kejadian rusuhan melibatkan sekumpulan individu berumur lingkungan 18 hingga 49 tahun di kawasan berkenaan.

Menurutnya, polis turut menerima dua laporan berasingan berkaitan kejadian sama sebelum menjalankan tangkapan terhadap suspek yang dipercayai terbabit.

“Siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada ketidakpuasan hati serta perselisihan faham yang melibatkan dua keluarga.

“Insiden ini adalah berkaitan perselisihan faham peribadi dan sama sekali tidak melibatkan sebarang unsur gangsterisme mahupun isu perkauman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img