Polis tahan pemandu van sekolah lawan arus dalam hujan

POLIS mengesahkan telah menahan seorang pemandu van sekolah dalam video tular yang memaparkan kenderaan itu dipandu secara melawan arus dalam keadaan hujan di Pontian hari ini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, lelaki berusia 64 tahun itu ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian untuk diambil keterangan.

Selain itu, beliau berkata, van sekolah yang digunakan dalam kejadian itu juga turut disita.

Mengulas lanjut, kata beliau, pihaknya mengesan satu rakaman video tular di Facebook Geng Pontian pada jam 7.55 pagi hari ini, berhubung kejadian itu.

“Siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku semalam pada jam 2.03 petang di susur masuk persimpangan Jalan Pontian Utama di Kilometer 55.9 Jalan Pontian Johor,” katanya.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987, tambah beliau.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img