Lima lelaki ditahan kes serang lelaki guna pisau, kayu besbol

POLIS menahan lima lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes serangan menggunakan senjata terhadap seorang lelaki dalam kejadian di sekitar Cheras, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa lelaki berusia awal 20-an yang mendakwa diserang sekumpulan lelaki menggunakan sebilah pisau dan kayu besbol.

“Siasatan awal mendapati kejadian yang berpunca akibat ketidakpuasan hati apabila salah seorang suspek mengeluarkan kata kata kesat terhadap isteri mangsa.

“Kesemua suspek berusia lingkungan 18 hingga 40-an itu ditahan di sekitar kawasan perumahan sama antara pada Sabtu hingga semalam, selepas mangsa yang juga warga tempatan membuat laporan pada hari sama kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, tiga daripada lima suspek mempunyai rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan air kencing terhadap semua suspek didapati negatif dadah.

“Mangsa mengalami luka di bahagian tangan kanan dan masih ditahan di hospital,” katanya.

Menurutnya, semua suspek kini dibenarkan reman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img