Pesara PBT lantik syarikat isteri libatkan kos RM700,000 direman bantu siasatan

SEORANG pesara pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang ditahan reman kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan dengan memberi kerja pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan pejabat kepada syarikat milik isterinya, dua tahun lepas.

Majistret Nur Fadrina Zulkhairi mengeluarkan perintah reman sehingga 1 Mac depan selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Georgetown hari ini.

Menurut sumber, suspek yang berusia lingkungan 50-an ditahan kira-kira jam 1 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang.

“Siasatan awal mendapati suspek melakukan perbuatan itu pada 2024 apabila menggunakan kedudukannya melantik syarikat isterinya untuk pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan pejabat tempatnya bekerja dengan jumlah kira-kira RM700,000,” kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Karunanithy Subbiah ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes ini disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, siasatan diteruskan termasuk penelitian dokumen kontrak dan aliran kewangan berkaitan bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img