Lori muatan buah, sayur terbalik akibat masalah brek di Persiaran Mokhtar Dahari

SEORANG pemandu lori dan kelindan cedera selepas lori membawa muatan sayur-sayuran dan buah-buahan terbabas dalam kemalangan di Persiaran Mokhtar Dahari di Shah Alam hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1 petang ketika lori berkenaan dalam perjalanan dari Bidor, Perak menghala ke Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, kemalangan dipercayai berpunca daripada masalah brek sehingga menyebabkan pemandu hilang kawalan sebelum lori itu terbabas dan terbalik.

“Pemandunya berusia lingkungan 20-an turut tersepit di dalam kenderaan berkenaan sebelum berjaya dikeluarkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ramsay, pemandu dan kelindan masing-masing mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan kaki serta telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Zaharizul Zamri di talian 019-322 9097 bagi membantu siasatan,” ujarnya.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img