Lelaki dikhuatiri lemas ketika menjaring ikan di Sungai Belat

SEORANG lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika sedang menjaring ikan di Sungai Belat, Kampung Belukar, Batu Tiga Jalan Gambang, Kuantan, semalam.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 7.58 malam.

“Berdasarkan laporan, mangsa turun ke dalam sungai secara bersendirian dengan menaiki sebuah bot gentian kaca pada jam 2.30 petang.

“Dua jam kemudian, bot mangsa ditemukan tanpa jurumudi dan dipercayai dia terjatuh ke dalam sungai,” katanya dalam kenyataan, lapor Harian Metro.

Beliau berkata, operasi pencarian dilakukan terutama di sekitar tebing sungai dengan bantuan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Kuantan.

Katanya, operasi pencarian mangsa disambung pagi ini yang menumpukan di sekitar Sungai Belat dan sekitarnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img