Wanita dakwa dipukul, diugut dan diliwat kerana bayi menangis

SEORANG wanita mendakwa dia menjadi mangsa pukul, diugut dan dipaksa melakukan hubungan seks luar tabii oleh lelaki yang baharu dikenalinya sebulan lalu di sebuah kondominium di Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berusia 44 tahun pada jam 2.33 petang Jumaat lalu.

Menurut beliau, kejadian dipercayai berlaku pada 11 malam Rabu lalu, apabila anak mangsa berusia 10 bulan menangis menyebabkan suspek berang dan menumbuk muka mangsa sehingga bengkak dan lebam.

“Keesokan harinya pada jam 11 pagi di lokasi sama, mangsa mendakwa suspek memaksa mangsa melakukan hubungan seks luar tabii.

“Akibat kejadian, mangsa mengalami sakit di bahagian muka sebelah kiri dan belakang leher,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Basri berkata, siasatan mendapati mangsa mengenali suspek sejak Januari lalu melalui kenalannya, serta tiada sebarang ikatan perkahwinan.

“Suspek dikatakan sudah beberapa kali menumpang di bilik sewa rumah mangsa. Selain itu mangsa juga diugut oleh suspek yang menyebabkan mangsa berasa terancam,” katanya.

Bagaimanapun, Basri berkata, pemeriksaan dan rawatan mangsa di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendapati hasil laporan perubatan tiada sebarang kesan hubungan seksual seperti yang didakwa mangsa.

“Kes masih dalam siasatan dan telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan ugutan jenayah. Usaha mengesan suspek masih diteruskan,” katanya.

Basri berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Azwani di talian 016-988 2594 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-4048 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img