Polis terima arahan dakwa suspek dera, liwat remaja lelaki dalam masa terdekat

POLIS sudah menerima arahan pertuduhan terhadap seorang lelaki yang disyaki mengurung, mendera dan meliwat seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di Bukit Kemuning, Shah Alam, pada 12 Mei lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pertuduhan terhadap suspek yang juga bekas banduan kes jenayah seksual itu akan dibuat dalam masa terdekat.

“Alhamdulillah saya dimaklumkan arahan pertuduhan sudah diberikan oleh Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan pertuduhan akan dibuat secepat mungkin.

“Bila dibuat pertuduhan, kita akan maklumkan kepada rakan media,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, suspek berusia lingkungan 40-an ditahan di Kuala Lumpur pada 16 Mei lalu dan kini masih direman sehingga 23 Mei ini.

Menurut Shazeli, lelaki itu yang baru dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama 18 tahun pada April tahun lalu ditahan dalam serbuan di bilik sewanya.

Dalam kejadian pada 12 Mei lalu, mangsa diselamatkan jiran kira-kira tiga jam selepas dikurung dalam sebuah rumah.

Siasatan awal mendapati suspek memperdaya mangsa dengan mengajaknya berbual sebelum menawarkan pakej internet telefon bimbit dengan syarat membantu mengangkat barang di rumahnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img