Pekerja wanita maut dikelar leher

SEORANG pekerja wanita warga asing ditemukan maut dengan kesan kelar di leher di tangga tingkat empat, sebuah asrama pekerja asing, di Nilai, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, susulan kejadian itu, pihaknya sedang mengenal pasti dan mengesan suspek serta saksi bagi melengkapkan siasatan.

“Pada jam 11.21 malam kelmarin, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai menerima panggilan menerusi MERS 999 daripada seorang lelaki tempatan berhubung kejadian itu.

“Pengadu memaklumkan seorang wanita warga asing berusia 30-an ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di tangga tingkat empat asrama berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Johari berkata, pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati mangsa mengalami kecederaan kelar di bahagian leher dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pemeriksaan forensik oleh Bahagian Siasatan Forensik (D10) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan mendapati terdapat kesan kelar berulang pada leher mangsa menggunakan senjata tajam.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Setakat ini, motif kejadian masih dalam siasatan dan suspek juga sedang dikesan.

“Bagaimanapun, polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur konflik peribadi atau kewangan berdasarkan keterangan awal yang diperoleh,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Nilai di talian 06-7904222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan memberi ruang kepada pihak polis menjalankan siasatan secara profesional dan menyeluruh,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img