Op samseng jalanan : 2,000 kenderaan diperiksa, 797 saman dikeluarkan

KIRA-kira 2,000 kenderaan diperiksa dalam operasi bersepadu membanteras samseng jalanan di sekitar ibu kota dengan 797 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Operasi itu dijalankan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan membabitkan dua fasa di lokasi panas seperti Jalan Pahang, Jalan Genting Klang dan Jalan Semarak yang bermula jam 8 malam hingga jam 5 pagi tadi.

Timbalan Ketua JSPT Kuala Lumpur, Suffian Abdullah berkata, 80 motosikal disita kerana dipercayai terbabit dalam pengubahsuaian ekstrem yang menunjukkan tahap serius kegiatan samseng jalanan di ibu kota.

“Untuk malam ini, kita mengeluarkan sebanyak 682 saman polis manakala JPJ turut mengeluarkan 115 notis.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img