Pelakon wanita, suami kini ditahan kes tipu pelaburan jual lembu

PELAKON wanita dan suaminya yang sebelum ini disiasat Polis Negeri Sembilan berkait kes penipuan jual tanah dan darjah kebesaran kini ditahan Polis Kuala Lumpur susulan laporan kes pelaburan penjualan lembu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pasangan berusia lingkungan 40-an dan 30-an itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berkaitan penipuan pelaburan dalam penjualan lembu.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman,” katanya dalam kenyataan, lapor Berita Harian.

Media sebelum ini melaporkan pasangan itu direman empat hari sehingga semalam bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan urusan penjualan tanah lot kurniaan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim dilaporkan berkata, pasangan itu ditahan susulan laporan seorang ahli perniagaan yang mendakwa ditipu dalam urusan penjualan lot tanah kurnia di Selangor dengan kerugian mencecah RM1.5 juta.

Semalam, Azahar berkata, pasangan itu kemudiannya disiasat berkaitan penipuan untuk mendapatkan darjah kebesaran sebuah negeri yang tidak wujud melibatkan kerugian RM23,120.

Katanya, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada 18 Disember tahun lepas dengan mangsa merupakan pesara kerajaan ditawarkan untuk mendapatkan darjah kebesaran membawa gelaran ‘Datuk’.

Suami isteri itu ditahan di tempat persembunyian di sebuah madrasah tahfiz Jalan Kuari Sungai Long, Batu 11, Kampung Sungai Serai, Hulu Langat pada 4 Mac lalu.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img