Hamzah tolak pelawaan kembali pada UMNO

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengesahkan tidak akan kembali kepada UMNO meskipun terdapat pelawaan secara terbuka daripada parti itu menerusi inisiatif Rumah Bangsa.

Ahli Parlimen Larut itu bagaimanapun tidak menolak untuk bekerjasama dengan parti pimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam menjayakan agenda Reset yang dibawanya.

“Tak payah masuk (UMNO). Banyak parti yang bersama saya, jadi saya tengoklah macam mana untuk masa depan rakyat.

“Yang penting pada saya adalah semuanya bersetuju untuk kita reset segala apa yang berlaku dalam negara kerana ada perkara yang pasti perlukan pembetulan.

“Kita perlukan kekuatan untuk lakukan (agenda Reset), maka sudah tentu UMNO menjadi salah satu anggota yang patut bersama dalam perjuangan ini bagi memastikan segala apa yang berlaku dapat selesaikan dengan baik,” katanya ketika ditemui pada Majlis Iftar bersama Ketua Pembangkang di Putrajaya malam ini, lapor Sinar Harian.

UMNO sebelum ini dilaporkan membuka pintu seluas-luasnya kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat, digantung keahlian dan individu yang ingin bersama dalam perjuangan parti untuk menyertai semula parti itu.

Sementara itu Hamzah memaklumkan, proses pendaftaran Parti Keluarga Malaysia (PKM) sedang dilaksanakan selepas permohonannya ditolak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada 2022.

Namun menurutnya, terdapat beberapa perkara yang perlu ditambah baik dari semasa ke semasa.

“Sudah tentu perbincangan melibatkan segala perincian, saya tidak mahu nanti ada yang tertinggal. Contohnya dari segi Perlembagaan semasa menubuhkan parti itu.

“Ada beberapa perkara yang saya rasa tidak kena dengan sifat saya sebagai pejuang. Sebab itu saya perlukan masa (meneliti),” ujarnya.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img