Pelajar kolej vokasional maut kemalangan

SEORANG pelajar kolej vokasional maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 134 Jalan Kuantan – Johor Bahru dekat Rompin, malam tadi.

Mangsa, Muhammad Rafiq Haziq, 18, dari Felda Keratong 1, Muadzam Shah di Rompin meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Rompin.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, kemalangan membabitkan dua buah kenderaan iaitu motosikal Yamaha Y125ZR ditunggang mangsa dan sebuah kereta Honda City pada jam 9.40 malam.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati remaja yang menunggang motosikal itu dari arah Kuala Rompin menghala ke Kuantan, manakala kereta yang dipandu lelaki berusia 20 tahun dari arah Tokong Tua Peh Kong menghala ke Kuala Rompin.

“Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, kereta dipandu lelaki itu dipercayai keluar simpang secara mengejut menyebabkan mangsa cuba membrek dan mengelak tetapi disebabkan jarak yang terlalu dekat, motosikal terlanggar bahagian sisi kanan kereta.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal parah sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Rompin, manakala pemandu dan penumpang kereta berusia 18 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sharif Shai berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihaknya meminta saksi kejadian tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img