Dua maut termasuk kanak-kanak dalam kemalangan di Hulu Selangor

DUA individu termasuk seorang kanak-kanak lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Waja dan motosikal di Jalan Ampang Pecah, Rasah, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.14 tengah malam.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa bergegas ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira jam 12.35 pagi.

“Komander operasi melaporkan kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Waja dan sebuah motosikal.

“Terdapat tiga mangsa terdiri daripada seorang lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dua mangsa iaitu seorang lelaki dan kanak-kanak lelaki disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

Katanya, seorang wanita pula mengalami kecederaan dan diberikan rawatan lanjut.

“Mangsa yang meninggal dunia menaiki motosikal,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img