Remaja ditemukan lemas terjatuh sungai

SEORANG remaja lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Rangalau Lama, Jalan Kiulu, di Tuaran, Sabah petang ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa berusia 16 tahun ditemukan penduduk kampung namun disahkan meninggal dunia di hospital.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Kurong Anak Beki berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.49 petang.

Katanya, seramai tiga anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 25 kilometer dari BBP Tuaran.

“BBP Tuaran pada awalnya menerima panggilan kecemasan memaklumkan terdapat mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam sungai dan menurut maklumat rakannya, mangsa tidak timbul di sungai tersebut.

“Rakan mangsa kemudiannya memaklumkan kejadian tersebut kepada orang awam yang berada di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba yang tiba di lokasi kemudian dimaklumkan bahawa mangsa telah ditemukan oleh orang awam.

“Mangsa dihantar ke hospital oleh pihak polis untuk rawatan lanjut namun telah disahkan meninggal dunia,” katanya.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img