Dua maut termasuk kanak-kanak dalam nahas dua kenderaan

DUA mangsa termasuk seorang kanak-kanak perempuan maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Bandar Baru Tanah, Jalan Marchang-Tanah Merah awal pagi hari ini.

Kejadian kira-kira jam 4.20 pagi itu turut menyebabkan seorang mangsa cedera dan empat lagi selamat.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Hamdan Abullah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 4.35 pagi.

Katanya, seramai tujuh anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian dan mendapati kemalangan berlaku di antara kereta jenis Perodua Myvi dan BMW 5 Series.

“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaan. Kemalangan itu membabitkan dua mangsa lelaki dewasa, dua perempuan dewasa, dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.

“Seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan dan mangsa yang meninggal dunia pula diserah kepada pihak polis.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img