Mayat pemuda dibaham buaya depan bapa ditemukan

MAYAT seorang lelaki yang dibaham buaya di depan mata bapanya ketika menjala udang di sungai Kampung Segaliud, Kinabatangan semalam ditemukan pagi ini.

Mayat Mohd Rayyan Abdullah, 28, ditemukan terapung kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir dia dilihat pada jam 9.55 pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Hairi Utoh berkata, sepasukan empat anggota meneruskan operasi pagi ini bersama penduduk kampung selain polis.

“Selepas lebih 30 minit pencarian diteruskan, mangsa ditemukan pasukan bomba dalam keadaan terapung. Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam tadi, Mohd Rayyan pergi ke sungai itu untuk menjala udang bersama bapanya.

Dalam tragedi menyayat hati itu, bapa mangsa mendakwa melihat sendiri anaknya dibaham buaya sebelum menghubungi pasukan bomba untuk mendapatkan bantuan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img