
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang sebelum ini begitu bangga menipu dunia bahawa kekuatan ketenteraan Iran semakin lemah hasil serangan pakatan jahat AS bersama rakan pengganasnya Israel, kini semakin panik.
Ia berikutan kekuatan tentera Republik Islam Iran bukannya semakin melemah tetapi semakin teguh dengan serangan menggunakan pelbagai peluru berpandu yang di luar jangkaan AS dan Israel.
Hari ini Trump terasa gentar apabila tindakan bodoh Israel menyerang tangki simpanan gas di medan Pars Selatan di bandar selatan Iran, Asaluyeh sehingga menghentikan pengeluaran di dua kilang penapisan dengan kapasiti gabungan kira-kira 100 juta meter padu sehari menyebabkan Iran bertindak balas.
Iran melakukan serangan berpeluru berpandu ke atas Bandar Perindustrian Ras Laffan – tapak utama pengeluaran gas asli cecair (LNG) di Qatar. Serangan Iran itu mengejutkan Trump menyebabkan beliau kelam kabut untuk memberi jaminan bahawa Israel tidak akan lagi menyerang Pars Selatan.
Walaupun Trump menafikan penglibatan Amerika Syarikat dalam serangan Israel itu namun ia bercanggah dengan laporan media Amerika dan Israel sebelum ini yang menyatakan bahawa serangan berkenaan dilakukan dengan pengetahuan serta koordinasi Washington.
Sebagai tindak balas terhadap serangan yang disifatkan Iran sebagai “jenayah Israel-Amerika”, angkatan bersenjata negara itu melancarkan serangan balas ke atas kemudahan minyak dan gas di rantau Teluk yang mempunyai kepentingan Amerika.
Antara sasaran utama ialah kemudahan tenaga di Ras Laffan. Selain itu, terdapat juga laporan yang menunjukkan kemungkinan serangan terhadap kepentingan Amerika di Arab Saudi.
Pihak Iran menegaskan bahawa sebarang serangan terhadap infrastruktur mereka akan dibalas dengan tindakan lebih besar terhadap infrastruktur pihak lawan, khususnya dalam sektor minyak, gas dan penapisan.
Sebagai negara yang mempunyai hubungan baik dengan Qatar, Trump tidak mahu tindakan menyerang Pars Selatan akan menyebabkan Qatar menjadi mangsa.
Bagaimanapun kenyataan Trump menafikan AS terlibat menyerang Pars Selatan hanya pembohongan seperti mana beliau menipu tentera Iran semakin lemah. Ia memandangkan apa juga tindakan ketenteraan dalam perang dengan Iran dilakukan bersama oleh AS-Israel.
Trump terpaksa menafikan pemnglibatan AS memandangkan serangan Iran di Qatar adalah berpunca daripada tindakan AS-Israel menyerang Pars Selatan. Malah sebelum berlaku serangn di situ, Iran sudah memberi amaran keras kepada dua negara penceroboh itu bahawa mereka akan bertindak balas.
Apabila Iran bertindak ke atas Qatar, Trump panik apatah lagi Setiausaha Agung Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Jasem Mohamed Albudaiwi menyifatkan serangan di loji gas di Qatar itu sebagai perlanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa serta meningkatkan serangan di rantau Asia Barat.
Kenyataan Jasem itu menimbulkan persoalan kenapa pandangan atau kecaman yang sama diberikan kepada tindakan AS-Israel menyerang loji gas Iran? Kenapa Jasem tidak bercakap soal hak Iran untuk bertindak balas apabila diserang? Kenapa hanya cakap soal hak Qatar? Bagaimana dengan hak Iran yang terang-terang kedaulatannya dicabul oleh AS-Israel?
Seperkara lagi kenapa Jasem dan GCC hanya menggesa masyarakat antarabangsa supaya bertindak menghentikan apa yang disifatkan sebagai serangan berulang Iran yang menjejaskan keamanan serantau dan antarabangsa? Bagaimana dengan serangan bertubi-tubi AS-Israel ke atas Iran?
Siapa yang memberi lesen ‘007′ kenapa AS-Israel membunuh pemimpin dan rakyat Iran? Kenapa tidak GCC berpakat menghentikan pencerobohan AS-Israel ke atas Iran>
Ternyata sekali, ketika Trump kelam kabut dalam keangkuhan, negara-negara teluk termasuk GCC terus bersikap hipokrit, berat sebelah dalam menangani kebiadaban AS-Israel di Iran.


