POLIS menahan seorang lelaki tempatan petang tadi selepas menampar seorang remaja lelaki di sebuah premis Rotiboy di Stesen Transit Aliran Ringan Pasar Seni, Kuala Lumpur, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, suspek berusia 48 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3.40 petang tadi di tepi Jalan Masjid India.
Katanya, suspek mengaku menampar mangsa sehingga terjatuh ke lantai kerana berang dengan tindakan remaja itu yang didakwa mengorek hidung ketika berada berhampirannya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Menurut beliau, suspek yang tidak bekerja itu mempunyai satu rekod lampau berkaitan narkotik.
Bagaimanapun ujian air kencing didapati negatif.
Polis turut merampas pakaian yang dipakai suspek ketika kejadian bagi membantu siasatan,” ujarnya.
Beliau berkata, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat esok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.


