Akibat pandang rendah kepada Iran… Netanyahu-Ketua MOSSAD bergaduh, Trump ‘merepek’

PERTIKAIAN antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan Ketua Mossad, David Barnea, berkaitan perang dengan Iran semakin memuncak. Beberapa sumber berbahasa Ibrani melaporkan bahawa Barnea tidak menghadiri sebarang mesyuarat bersama Netanyahu sekurang-kurangnya sejak seminggu lalu.

Pertikaian ini tercetus selepas Netanyahu menuduh ketua Mossad itu memberi maklumat salah mengenai keupayaan ketenteraan serta situasi politik dan sosial Iran, yang membawa Israel ke dalam perang dengan hasil yang tidak pasti. Netanyahu dikatakan bimbang bahawa kegagalan dalam perang ini boleh menjadi ancaman besar terhadap kelangsungan negaranya.

Sebaliknya, sumber-sumber Mossad berpendapat bahawa maklumat sebenar telah disampaikan, namun Netanyahu, berdasarkan keterujaan peribadinya, memulakan perang dengan hasil yang tidak dijangka. Oleh itu, tanggungjawab sebarang kemungkinan kegagalan dianggap terletak terus pada Perdana Menteri, bukan Mossad.

Beberapa sumber Ibrani turut mendakwa bahawa Pejabat Perdana Menteri dan Mossad saling menuduh kehadiran ejen Iran serta kebocoran maklumat dari pusat-pusat keselamatan dan ketenteraan Israel.

Sebelum ini, semasa serangan Israel ke Doha pada September 2025, kedua-dua pihak saling menuduh bahawa maklumat operasi telah didedahkan beberapa minit sebelum serangan, sehingga menjejaskan kejayaan operasi itu.

Salah sebuah bangunan di Tel Aviv yang hancur akibat serangan balas Iran, semalam.

Mossad juga mendakwa bahawa Barnea telah memberi amaran kepada Netanyahu sebelum perang dengan Iran bahawa jika perang diteruskan, rangkaian rahsia Mossad di selatan Teluk Parsi berisiko diserang oleh Iran.

Beliau mencadangkan langkah perlindungan, termasuk pemindahan ke hotel atau markas tentera, tetapi langkah ini berpotensi mendedahkan dan akhirnya memusnahkan rangkaian tersebut.

Walaupun ada yang melahirkan kebimbangan ia hanya sandiwara antara Netanyahu dengan Ketua MOSSAD namun apa yang pasti, perang dengan Iran melalui bantuan Amerika Syarikat semakin membangkitkan kemarahan rakyat Israel.

Rakyat Israel mula menyalahkan Netanyahu dan Kabinet negara itu kerana terlibat dalam satu peperangan yang kini meletakkan negara Yahudi tersebut dalam keadaan huru-hara.

Peperangan dengan Iran ternyata berbeza berbanding rejim Zionis menceroboh, menjajah dan membunuh rakyat Palestin. Ia disebabkan Iran melancarkan serangan balas yang semakin menghancurkan bandar-bandar di Israel termasuklah Tel Avin – yang sebelum ini dianggap bandar selamat.

Semalam menurut laporan Tasnim News Agency, pihak Israel Broadcasting Authority memaklumkan bahawa serpihan peluru berpandu Iran telah mengenai 11 lokasi di seluruh Tel Aviv.

Penyiar Israel itu turut menyatakan bahawa kerosakan besar telah berlaku pada bangunan, jalan raya dan kenderaan di beberapa kawasan dalam metropolitan Tel Aviv, susulan kejatuhan serpihan peluru berpandu.

Pengguna media sosial juga telah menyebarkan gambar-gambar yang menunjukkan kesan serangan peluru berpandu Iran dalam gelombang serangan yang berlaku pada malam Jumaat tersebut.

Kehidupan penduduk Yahudi yang terjejas dan nyawa semakin terancam dengan serangan balas Iran menyebabkan mereka tidak mampu bersabar lagi. Gelombang tidak berpuas hati terhadap Netanyahu dan Kabinet makin membara.

Pada masa sama mereka melihat Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mula ‘lepas tangan’ dan terus berhalusinasi bahawa negaranya dan Israel telah melumpuhkan kekuatan Iran.

Kenyataan Trump itu dikatakan menimbulkan kemarahan agensi perisikan di AS memandangkan mereka tahu, perang di Iran bukannya akan berakhir dan negara Republik Islam itu akan mengaku kalah, sebaliknya peperangan itu bagaikan baru bermula apabila Iran terus menunjukkan kemampuan dan keunggulan untuk mengajar pemimpin berjiwa pengganas seperti Trump dan Netanyahu.

Kesimpulannya sama ada sandiwara Netanyahu-Ketua MOSSAD atau lawak antarabangsa Trump, kedua-dua negara (Amerika Syarikat-Israel) semakin berantakan akibat penentangan balas Iran.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img