‘’Saya serah sepenuhnya kepada UMNO putuskan’’ – Khairy

KHAIRY Jamaluddin, menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan berhubung permohonannya menyertai semula UMNO.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu berkata,  beliau tidak mahu mendahului keputusan dibuat kepimpinan tertinggi parti walaupun surat permohonan sudah dihantar 16 Mac lalu.

“Saya tidak pasti lagi 100 peratus permohonan diterima atau tidak. Saya menyerahkan sepenuhnya kepada UMNO untuk putuskan.” Katanya lapor BuletinTV3.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Rumah Terbuka Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan di Benut, Pontian hari ini.

Mengulas spekulasi beliau dilaporkan bertanding di Johor, Khairy berkata, keutamaannya ketika ini hanyalah untuk kembali sebagai ahli biasa.

“Saya minta jadi ahli biasa dulu, yang lain kemudian. Ini perjalanan pulang ke parti, tak perlu terburu-buru,” katanya.

Terdahulu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata, permohonan beberapa bekas pemimpin termasuk Khairy akan dibawa ke mesyuarat MKT parti pada 17 April ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img