Pemandu mabuk dipercayai punca van dipandu terbabas di Jasin

POLIS sedang menjalankan siasatan berhubung satu kemalangan membabitkan sebuah van yang terbabas di Simpang Kerayong, Jasin, dipercayai berlaku awal pagi tadi.

Rakaman video berdurasi 22 saat itu tular dalam media sosial, memaparkan seorang lelaki dipercayai pemandu kenderaan berkenaan berada dalam keadaan tidak stabil dan terhuyung-hayang berhampiran lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Lee Robert berkata, pihaknya bagaimanapun tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

Namun menurutnya, tindakan pantas diambil sejurus pihak polis mengesan video berkenaan yang tular dalam Facebook.

“Seawal pagi, sepasukan anggota trafik bersama pasukan kereta peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin telah digerakkan ke lokasi yang dikenal pasti berdasarkan video tersebut.

“Bagaimanapun, setibanya di tempat kejadian, didapati pemandu serta kenderaan berkenaan sudah tiada,” katanya.

Dalam rakaman sama, van yang dipandu individu itu dilihat terbabas di bahu jalan.

Turut kedengaran dalam video itu adalah suara seorang wanita yang dipercayai perakam, yang mendakwa lelaki berkenaan berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian berlaku.

Sehingga jam 10 pagi, rakaman berkenaan meraih lebih 1,600 reaksi, 579 komen serta dikongsi sebanyak 741 kali di platform media sosial, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna.

Mengulas lanjut, Lee berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu terbabit serta punca sebenar kejadian.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak berkuasa.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img