3 remaja didakwa rogol, cabul 2 remaja perempuan bawah umur

TIGA remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini atas pertuduhan merogol dan mencabul dua remaja perempuan bawah umur, baru-baru ini.

Bagaimanapun, hanya tertuduh berusia 16 tahun mengaku bersalah manakala dua lagi yang berusia 15 dan 16 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan berasingan di hadapan Majistret Arun Noval Das.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang mengaku bersalah dan rakannya didakwa mencabul remaja berusia 14 tahun di belakang sebuah bangunan di Tongkang Pechah, Batu Pahat pada jam 10 malam, 27 Mac lalu.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM1,500 seorang dan menetapkan 13 Mei ini untuk laporan akhlak, fakta dan perintah serta sebutan serahan dokumen, lantikan peguam.

Di mahkamah sama, seorang lagi remaja lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol kanak-kanak perempuan berusia 15 tahun.

Tertuduh bersama rakannya berusia 17 tahun yang sudah mengaku bersalah sebelum ini, didakwa merogol secara berkumpulan terhadap mangsa antara jam 10 hingga 11.59 malam di sebuah rumah dalam daerah Batu Pahat pada 29 Oktober tahun lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 30 tahun.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan kes itu juga disebut pada 13 Mei ini untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Firdaus Ruslan manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Tan Song Yan dan Tan Fong Ling yang juga pelatih dalam kamar.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img