Warga emas maut, MPV terbalik langgar batu bucu rumah

SEORANG lelaki warga emas maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya melanggar batu di bucu sebuah rumah sebelum terbalik di Jalan Bukit Kerayong, Pandamaran, Shah Alam, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa berusia lingkungan 60-an yang memandu Toyota Avanza disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, pihaknya sebelum itu mengesan satu video tular di media sosial memaparkan beberapa individu memecahkan cermin dan menolak kenderaan terbabit di lokasi kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Jalan Bukit Kerayong menghala ke Jalan Banting sebelum dipercayai hilang kawalan.

“Setibanya di lokasi, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu melanggar struktur batu di bucu sebuah rumah di tepi jalan.

“Pelanggaran itu menyebabkan kenderaan terbalik secara mengiring di bahu longkang. Tindakan orang awam cuba mengalihkan kenderaan itu menyebabkan kenderaan terjatuh ke dalam longkang bersama mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan turut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian termasuk laporan bedah siasat untuk menentukan sama ada mangsa meninggal dunia ketika kemalangan atau selepas kenderaan dialihkan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Syahid Salahudin di talian 011-35753557 atau balai polis berdekatan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img