Kenyataan Muhyiddin ‘lawak jenaka’ – Khaliq Mehtab

BEKAS  pemimpin Bersatu Khaliq Mehtab Ishaq menyifatkan kenyataan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa parti itu  tidak mempertimbangkan kepulangan ahli yang dipecat sebagai ‘lawak jenaka’.

Khaliq yang juga bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) berkata, ini kerana tiada ahli disingkirkan menyatakan keinginan kembali menyertai Bersatu.

“Setahu saya setakat ini tidak ada sesiapa yang dipecat mahu balik menyertai Bersatu. Yang ada ialah penarikan balik rayuan atau yang langsung tak teringin untuk merayu kerana mereka tidak mahu kembali.

“Malahan ramai dalam kalangan kami termasuk saya yang tak dipecat pun dengan sendiri isytihar keluar Bersatu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mendakwa, tindakan ahli meninggalkan Bersatu secara sukarela adalah bukti hilang kepercayaan terhadap kepimpinan sedia ada.

“Selagi pasangan Azmin-Muhyiddin menguasai Bersatu, Muhyiddin tidak perlu bercakap mengenai kembalinya mereka yang dipecat kerana bilangan yang sukarela hendak keluar adalah jauh lebih ramai,” katanya.

Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata Bersatu masih belum mempertimbangkan untuk menerima semula ahli yang dipecat tanpa syarat, seperti dilakukan UMNO baru-baru ini.

Beliau mengingatkan kesan daripada tindakan diambil ke atas mereka yang berkenaan masih ‘terasa’.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img