Ambulans bawa pesakit terlibat kemalangan, 5 cedera

LIMA individu termasuk seorang pesakit warga emas cedera apabila ambulans Hospital Tuanku Fauziah (HTF) yang membawa mereka terbabit kemalangan di lampu isyarat jejantas Kangar Jaya di Kangar, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.35 pagi itu ketika ambulans berkenaan membawa pesakit lelaki berusia 82 tahun bersama isterinya berusia 77 tahun dari Arau menghala ke HTF.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, ambulans terbabit yang membunyikan siren dan bergerak lurus di Jalan Kangar-Alor Setar melanggar Perodua Aruz dipandu lelaki berusia 56 tahun dari arah Kuala Perlis yang secara tiba-tiba bergerak keluar menghala ke Arau selepas lampu isyarat bertukar hijau.

“Disebabkan jarak yang terlalu dekat, pemandu ambulans tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian sisi kanan kenderaan utiliti sukan (SUV) terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor BH.

Kemalangan itu juga menyebabkan ambulans terbabit terbalik.

Yusharifuddin berkata, pelanggaran itu mengakibatkan bahagian hadapan dan sisi kiri ambulans terjejas, manakala bahagian kanan Perodua Aruz terbabit kemek.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img