Lelaki maut akibat pacuan empat roda hilang kawalan di Tol Bentong

Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbalik dipercayai akibat hilang kawalan sebelum melanggar tiang keselamatan di Plaza Tol Bentong, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian berlaku di Kilometer (KM) 61.7 lebuh raya itu mengakibatkan mangsa, Mohd Sapri Aziz, 65, yang memandu dari arah Raub menuju ke Kuala Lumpur disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

“Siasatan awal mendapati kenderaan itu yang dipandu dari arah Raub menuju ke Kuala Lumpur hilang kawalan lalu melanggar tiang keselamatan batu nosing di Lorong 02 Plaza Tol Bentong.

“Pelanggaran menyebabkan kenderaan terbalik ke sebelah sisi kanan bahagian pemandu,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Harian Metro.

Zaiham berkata, isteri mangsa berumur 61 tahun mengalami kecederaan ringan di kepala dan dibawa ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Usaha mengesan saksi termasuk mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan Plaza Tol Bentong sedang dilakukan bagi membantu siasatan,” katanya.

Justeru beliau memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan, selain menasihatkan semua pengguna jalan raya sentiasa berhati-hati ketika memandu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img