Ambulans bawa pesakit terbabas selepas bertembung MPV

SEORANG remaja lelaki berusia 16 tahun yang sedang menerima bantuan perubatan cedera parah selepas ambulans yang membawanya ke hospital terbabit dalam kemalangan tiga kenderaan di Jalan Jerteh–Pasir Akar, berhampiran Kampung Cherang Meliling, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, ambulans berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, kemalangan membabitkan sebuah ambulans, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah kereta.

Menurutnya, siasatan awal mendapati ambulans itu dalam perjalanan ke Hospital Besut selepas mengambil dua pesakit yang sebelum itu terbabit dalam kemalangan berasingan di Pasir Akar.

“Setibanya di lokasi kejadian, sebuah MPV dipercayai melintas dari bahu jalan sebelah kanan sebelum berlaku pelanggaran dengan ambulans tersebut.

“Akibat pelanggaran itu, ambulans berkenaan hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan kiri dan melanggar sebuah kereta yang diparkir di lokasi kejadian sehingga menyebabkan kenderaan itu terjatuh ke dalam longkang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, seorang pesakit lelaki berusia 16 tahun yang berada di dalam ambulans mengalami kecederaan parah manakala seorang lagi pesakit hanya cedera ringan.

Katanya, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Individu lain yang terbabit dalam kemalangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, polis menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan memberi keutamaan kepada kenderaan kecemasan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img