SEMUA persiapan bagi menghadapi musim haji tahun ini berjalan lancar dan dijangkakan tiada perubahan termasuk jadual penerbangan jemaah tanah air ke Tanah Suci..
Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, kumpulan pertama jemaah haji akan berangkat pada 18 April depan sepertimana dijadualkan sebelum ini.
‘’Tabung turut bersiap sedia dengan pelan kontigensi bagi berhadapan dengan sebarang kemungkinan berikutan konflik di Asia Barat,’’ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pemasyhuran dan Konvokesyen Universiti Antarabangsa MAIWP (UniMAIWP) Ke-16 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.
Dr.Zulkifli berkata ketika menghadiri mesyuarat bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah, beliau mendapati segala persiapan untuk jemaah haji Malaysia di Makkah dan Madinah telahpun dibuat dan ia lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.


