Pemandu lawan arus di Jalan Klang Lama serah diri

SEORANG pemandu yang tular kerana memandu melawan arus di Jalan Klang Lama tampil menyerah diri sebelum ditahan pihak polis, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, suspek hadir ke pejabat JSPT Kuala Lumpur pada jam 8.35 malam, selepas usaha mengesannya di beberapa alamat kediaman sebelum ini gagal.

“Ujian saringan pernafasan (EBA) dan air kencing telah dijalankan ke atas suspek dan keputusan mendapati negatif (alkohol dan dadah) bagi kedua-dua ujian.

“Hasil siasatan awal mendapati pemandu terbabit tersalah laluan ketika dalam perjalanan menuju ke Mid Valley,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Suspek dijangka akan dituduh di Mahkamah Jalan Duta pada jam 9 pagi, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan satu rakaman video tular memaparkan sebuah kenderaan dipandu secara melawan arus di Jalan Klang Lama.

Polis menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 11.38 pagi sebelum bertindak mengesan pemandu dan kenderaan terbabit.

Semakan polis mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.44 pagi bermula dari persimpangan Jalan Klang Lama dan Jalan Sepadu hingga ke persimpangan Jalan Klang Lama dan Jalan Kuchai Lama dengan jarak sekitar 500 meter.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img