Penuntut IKM Pekan dilapor hilang sejak Jumaat

POLIS meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan seorang penuntut Institut Kemahiran Mara (IKM) Tan Sri Yahya Ahmad, Pekan yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, kehilangan Muhammad Irfan Riduan, 23, dilaporkan bapanya kira-kira jam 3.05 petang hari berkenaan.

Menurutnya, pengadu berusia 53 tahun itu mendakwa kali terakhir berhubung anaknya itu kira-kira jam 9 malam, 30 Mac lalu melalui panggilan telefon.

“Kali terakhir mangsa dilihat berada di IKM Tan Sri Yahya Ahmad menggunakan motosikal jenis Yamaha LC135 berwarna hitam dengan nombor pendaftaran BLH 6332.

“Mangsa memiliki ciri fizikal seperti berkulit hitam manis, tinggi kira-kira 160 sentimeter dan berbadan kurus,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penuntut itu diminta menghubungi pegawai penyiasat di talian 013-643 2400.

“Maklumat itu juga boleh disalurkan melalui Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan di talian 09-422 1222 atau di mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img