Enam pelajar ditahan kerana merusuh, cederakan pelajar lain

POLIS menahan enam pelajar berusia antara 13 hingga 16 tahun kerana disyaki merusuh dan mencederakan seorang pelajar lain berhampiran Pejabat Majlis Ugama Islam Pahang, di Pekan semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa berusia 13 tahun cedera di pipi kanan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, kejadian berlaku selepas mangsa pergi ke sebuah pondok di lokasi itu untuk berjumpa dengan salah seorang pelajar yang ditahan berhubung isu hutang.

Menurutnya, berlaku pertengkaran antara mereka sebelum pelajar berusia 14 tahun itu bertindak menolak, menumbuk dan menendang mangsa.

“Beberapa lagi rakan remaja terbabit yang berada di tempat kejadian turut terlibat memukul mangsa. Kejadian disaksikan beberapa individu dan dirakam,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, susulan kejadian itu, mangsa menjalani pemeriksaan dan rawatan di Hospital Pekan.

“Bertindak atas maklumat, enam pelajar terbabit ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan kira-kira jam 1.30 pagi ini untuk siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 147/507D Kanun Keseksaan.

Video kejadian berdurasi 1 minit 12 saat itu sebelum ini tular memaparkan kejadian melibatkan pelajar terbabit.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img