Lelaki lemas, sepupu terselamat bot dinaiki terbalik

SEORANG lelaki ditemukan lemas manakala sepupunya terselamat selepas bot dinaiki mereka terbalik ketika memancing di Sungai Kubang Rotan, Kuala Kedah petang semalam.

Mangsa, Muhammad Zulkifli Ahmad Tarmizi, 24, dari Kuala Sungai, ditemukan lemas oleh pihak bomba, manakala sepupunya, Muhammad Zikri Mohd Izham, 26, sempat berenang ke tebing dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas mengalami kecederaan pada kaki.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 4.28 petang semalam mengenai kejadian itu.

Katanya, berdasarkan maklumat daripada bapa mangsa, anaknya dipercayai keluar rumah kira-kira jam 11 pagi semalam untuk memancing di sungai berkenaan bersama sepupunya.

“Berdasarkan temu bual dengan saksi, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika memancing ikan toman dan bot yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbalik.

“Kejadian dipercayai berlaku jam 4.15 petang dan seorang mangsa kemudian hilang sebelum ditemukan lemas, manakala seorang lagi terselamat selepas berenang ke tebing sungai. Pasukan perubatan tiba di tempat kejadian dan mengesahkan kematian mangsa tidak lama kemudian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syed Basri berkata, bomba menemukan mangsa pada jam 5.19 petang.

“Mayat mangsa dibawa keluar dari lokasi kejadian pada jam 6.15 petang dan dihantar ke Jabatan Forensik HSB untuk tindakan lanjut,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img