Jasad adik Khairil Izani ditemui lemas selepas tiga hari

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Bandar Puncak Alam, pada 28 April lalu, ditemukan hari ini selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Mangsa, dikenali sebagai Khairil Izani, ditemui kira-kira jam 1 tengah hari di Sungai Buloh, pada jarak dianggarkan enam kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam longkang kira-kira jam 3.30 petang ketika hujan lebat sebelum dihanyutkan arus deras.

“Operasi mencari dan menyelamat digerakkan sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 7.47 malam hari kejadian.

“Pencarian melibatkan kaedah ‘surface searching’ dan selaman di beberapa lokasi termasuk checkpoint C dan G hingga ke kawasan sungai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi turut dibantu pelbagai agensi termasuk unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Unit Anjing Pengesan (K9), polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta beberapa agensi lain.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini, mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam longkang di Bandar Puncak Alam, Shah Alam kira-kira jam 3.30 petang sebelum dihanyutkan arus deras akibat hujan lebat.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img