Empat anggota polis direman lima hari, kes rasuah RM12,000

EMPAT anggota polis direman selama lima hari oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM12,000 tahun lalu.

Perintah reman sehingga 11 April itu dikeluarkan oleh Majistret, Rais Imran Hamid, susulan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Kesemua suspek berusia antara 22 hingga 42 tahun itu terdiri daripada dua lans koperal, seorang koperal dan seorang sarjan.

Mereka ditahan oleh SPRM di pejabat masing-masing petang semalam.

Difahamkan, keempat-empat anggota yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah itu dipercayai menerima wang sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap seorang lelaki yang ditemukan memiliki barangan terlarang dalam kenderaannya.

Lelaki tempatan berkenaan dilaporkan ditahan pada hujung tahun lalu.

Terdahulu, semua suspek yang memakai pakaian lokap jingga SPRM tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.40 pagi dengan menaiki sebuah van.

Sebelum ini, media melaporkan SPRM Kelantan menahan empat pegawai penguat kuasa kerana disyaki menerima rasuah sebanyak RM12,000 daripada seorang lelaki akhir tahun lalu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img