SPRM reman pegawai kanan polis disyaki minta, terima rasuah RM64,000

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan reman seorang pegawai kanan polis kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM64,000 sebagai balasan melindungi kegiatan pusat hiburan tidak sah di sekitar salah satu daerah di Pahang.

Perintah reman selama lima hari sehingga 2 Mei depan terhadap suspek dikeluarkan Majistret Ellyna Mahussin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuantan pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 2 petang semalam di kediamannya.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2020 hingga 2023 sewaktu bertugas di salah satu daerah di negeri Pahang.

“Suspek dipercayai menerima wang rasuah secara bulanan daripada dua pemilik pusat hiburan melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi miliknya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img